Tuesday, January 18, 2011

Appendicitis

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia~~

Apa khabar semua? Harap2 sihat yerr~~Alhamdulllah..
Sebelum itu bagi Muslim marilah kita bersyukur kepada Allah dan berzikir Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar. Lailailallah Muhammad Rasulallah. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Baiklah, pada hari ini saya akan berkongsi mengenai apendiks...
Term apendiks untuk organ. Term appendicitis adalah untuk radang pada organ.
Jadi sebenarnya penyakit appendicitis bukan appendiks ye~~

Apakah apendiks?


Apendiks ialah tiub berhujung buntu yang pendek , kurus dan tersemat pada hujung sekum. (di sebelah kanan)

Apakah fungsinya?


Tidak diketahui.

Apakah punca radang apendiks atau nama khasnya appendicitis?


Tidak diketahui puncanya. Tetapi Pakar Perubatan mencadangkan penyumbatan sisa makanan pada appendiks seperti biji lada,biji tembikai dll(Awas ye jgn mkn biji2 tu) dan bengkak pada kelenjar limpa sebagai antara puncanya.

Baiklah. Sekarang Doktor(eh perasantan plak) akan pegi kepada simptoms yang boleh didiagnosis sebagai Appendicitis



Simptoms utama ialah sakit di perut (abdomen). Sakit bermula di bahagian pusat tengah 
dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut (abdomen). Sakit akan bertambah
apabila bergerak, batuk atau bersin.

Antara simptom lain adalah:


•Demam
• Loya dan kadang-kala muntah
• Sembelit atau cirit-birit
• Kurang selera makan
• Abdomen membengkak

Kalau ada tanda-tanda di atas sila berjumpa saya atau Doktor Perubatan yer...Doktor Veterinar pun boleh~~lalala~

Ok, sekarang Doktor akan cerita mengenai bagaimana cara biasa yang digunakan para doktor untuk diagnosis appendicitis(Sila cuba di rumah yer).

Anda akan berasa sakit apabila ditekan secara perlahan(kalo tekan kuat2 sakit tu bkn appendicitis ye.haha) di bahagian bawah kanan perut dan bertambah sakit apabila tekanan tersebut dilepaskan.

Apakah bahaya appendicitis?


Jika tidak dirawat dengan segera anda berkemungkinan untuk mendapat dua komplikasi.
Yang pertama : Pecah atau penembusan (perforation) pada appendiks, bolos atau keluarnya najis ke
dalam perut dan menyebabkan jangkitan di lapisan perut (Peritonitis) dan boleh
membawa maut.
Yang kedua: Himpunan nanah yang terbendung oleh tisu-tisu yang rosak dan bengkak.

Apakah rawatannya?


Semua sudah sedia maklum. Appendectomy adalah satu-satunya caranya. Ohh kalo nak tahu appendectomy adalah term appendec=appendiks n tomy=removal..mean removal of appendiks atau buang appendiks~
Haha~ Yang ini akan saya hurai dalam post seterusnya nanti.

Sekian, untuk dikongsi ramai. Ajak la kawan2 baca untuk info yer~
Thanks..

Segala yang baik datang dari Allah S.W.T. dan diletakkan kepada saya sebagai manfaat semua manakala yang buruk juga datang dari Allah S.W.T tetapi disandarkan kepada saya sebagai sempadan da iktibar semua.

Ok...daaa~~

No comments:

Post a Comment